Saturday, 29 September 2012

Lelaki Sembuh Daripada Bisu dan Pekak Selepas Minum Air Zam-zam



Kerana segelas air zam-zam, seorang lelaki warga Somalia boleh bercakap dan mendengar selepas 20 tahun menjadi bisu dan pekak.

Ali Abdul Rahman Asy-Syarif, 42, mengaku selepas meneguk segelas air zam-zam sewaktu menunaikan rukun haji dia boleh bercakap dan mendengar.

As-Syarif yang mengalami kecederaan teruk dibahagian kepala dalam perang saudara di Somalia, menjadikan dia bisu dan pekak.

Walaupun pernah menjalani pemeriksaan dan rawatan di hospital sebelum ini, keadaan As-Syarif masih tidak berubah.

Beberapa orang doktor yang terkejut melihat perubahan itu menyifatkan ia satu keajaiban yang jarang dialami oleh orang lain.

As-Syarif yang kini tinggal bersama keluarganya di England mengakui ia satu keajaiban dan anugerah dari Allah.

Katanya, selepas minum air zam-zam, dia boleh bercakap malah terkejut apabila boleh mendengar azan dari Masjidilharam ketika berada di Mekah.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang bercakap dan mendengar semula. Ini satu keajaiban yang menakjubkan", ujarnya.

Sewaktu berada di England, kata As-Syarif, seorang doktor pernah berkata keadaan bisu dan pekak yang saya alami sukar dipulihkan.

"Saya disahkan bisu dan pekak sepanjang hayat. Keadaan ini menyebabkan saya rasa sedih dan akur dengan kenyataan itu".

Katanya keajaiban itu bermula apabila dia bangun subuh untuk menunaikan solat subuh. Selepas meneguk air zam-zam dia terdengar bunyi azan subuh dari Masjidilharam.

Terlalu gembira, dia segera memberitahu perkara itu kepada isterinya dan sekali lagi terkejut apabila dia sudah boleh bersuara.


Inilah janji Allah .Bahawasanya air zam-zam itu adalah raja segala air dan ubat segala penyakit kecuali mati dan tua.Marilah kita mengamalkan untuk minum air zam-zam jika kita berpeluang kerana anda pasti akan merasa keajaiban air tersebut.

Adakah Ular Ini Adalah Naga Yang Sebenar ?



Adakah Ular Ini Adalah Naga Yang Sebenar ?
 
Kini ular tidak perlu lagi mengesot untuk bergerak, sebab diorang dah ada kaki..haha. (gurau je, jangan marah ye cik ular). Sebenarnya ular berkaki ini ditemui di China dan menurut kajian kecacatan ular pelik ni lebih kurang macam bayi kembar siam yang menghasilkan organ berlebihan.

Ular pelik yang berkaki ini telah ditemui oleh seorang wanita China yang bernama Dean Qiongxiu, berumur 66. Dia melihat ular berkaki ini terpaut pada siling rumahnya pada tengah malam ketika dia hendak masuk tidur.

Gambar pelik ular yang berkaki yang ditemui oleh Mrs Quingxiu ini boleh dilihat di bawah. Agak pelik, mungkinkah ular pelik berkaki ini adalah jelmaan seekor naga yang terkenal dalam mitos negara China? Wallahualam.


Mungkin ular ini ada makan ayam kot, dan tercekik kaki ayam kat dalam badan ular tersebut. He He..Yang paling pelik bukanlah ular yang berkaki ini tetapi ialah yang paling pelik ialah manusia yang mengaku Islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup sebagai seorang Islam. Semoga kita tidak tergolong dari golongan seperti ini.

Kaki Wanita Ini Mengering Seperti Mumia

Kaki Wanita Ini Mengering Seperti Mumia


Kaki Wanita Ini Mengering Seperti Mumia

Sungguh malang nasib wanita separuh umur dari China ini yang bernama Nan Chu. Kedua kakinya mengecil dan mengering seperti mumia yang telah diawetkan. Tidak ada yang tahu sakit dan penyebab yang dialami oleh wanita ini.

Wanita ini terpaksa mengemis di sebuah jalan di Beijing bagi memohon bantuan pakar untuk mendiagnosa dan menyembuhkan penyakit yang dia alami ini .


Setelah melakukan pencarian di internet tetapi tidak ada nama penyakit yang mendefinisikan penyakit aneh yang diderita wanita ini. Sungguh sebuah fenomena yang amat pelik dan menakutkan.


Ulasan Admin : Kesian wanita ini.Korang tahu tak ape nama penyakit yang dihidapinya itu ? Diharap wanita ini dapat bertemu dengan doktor yang dapat sembuhkan penyakitnya itu supaya dia dapat hidup normal semula.

Cara Solat Secara Duduk Ketika Sakit

Cara Solat Secara Duduk Ketika Sakit


Cara Solat Secara Duduk Ketika Sakit

Gambar 1
  • Duduk ikut kemampuan
  • Jika tidak selesa, boleh duduk sambil lunjurkan kaki
  • Kedudukan tangan sama seperti solat berdiri
  • Mengadap kiblat

Gambar 2
  • Rukuk dengan cara menundukkan badan
  • Tangan di atas kepala lutut

Gambar 3
  • Sujud seperti biasa jika mampu
  • Sebaliknya jika tidak mampu, bengkokkanlah badan lebih sedikit daripada rukuk tadi dengan niat melakukan sujud

Gambar 4
  • Diakhiri dengan salam seperti solat biasa


Ulasan Admin : Sesungguhnya solat itu termasuk dalam rukun Islam.Jika kita tidak solat maka tidak lengkaplah keislaman kita.Fikirkanlah.Islam itu mudah.Setiap perkara yang nampak susah, pasti ada jalan yang memudahkannya.

Tingga 12 Perkara Dapat 12 Perkara

Tinggal 12 Perkara Dapat 12 Perkara


Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.Apa sahaja perkara yang kita tinggalkan demi mencari keredhaanNya, DIA akan pulangkan semula perkara yang lebih baik daripada apa yang kita tinggalkan itu.Marilah kita sama-sama mengamalkan 12 perkara di atas.

Semoga kita berjaya menjadi MUKMIN yang sebenar suatu hari nanti.InsyaAllah.